Perkongsian Pengalaman Derita Eczema Dan Kulit Kering Muan
Thursday, 23 November 2017
Friday, 24 April 2015
Eczema - Gatal Melampau Berkurang Dengan Herbal BLEND (Paraben Free) Shaklee Tak Sampai 3 Minit!
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh .



![]() |
ECONAZINE WITH PARABEN |
Vs
![]() |
HERBAL BLEND - PARABEN FREE |
- Mesti pernah nampak krim diatas sebelum ini khususnya kepada pesakit eczema samaada tahap biasa-biasa, sederhana dan kritikal. Saya akui yang krim ini memang sangat bagus untuk mengurangkan kegatalan dan menghilangkan parut eczema dengan mengambil masa yang sangat singkat.
- Macammana saya boleh tahu ? Semamangnya saya pengguna setia krim econazine selama 8 tahun. Setiap bulan saya perlu ada 2 tiub 20 gram krim econazine ini. Memang menganiaya diri sendiri kalau tak ada beb! Kenapa?Sebab memang saya tak jaga pemakanan saya pun, hi hi.
- Makanan yang sangat saya pantang untuk di makan, kalau makan dengan jayanya eczema bermaharajalela ialah :
- Ayam
- Daging
- Telor
- Makanan Laut: Udang, Sotong, Ikan (semua jenis ikan), Ketam dan seangkatan dengannya.
- Telor
- Sedih ke Gembira? Sudah tentunya Siti Muannis Binti Hidayab sangat sedih. Nutrisi tak cukup. Nak buat macammana? Dah nasib badan.Tapi walau semua makanan di atas sangat dangerous untuk dimakan, nafsu mengatasi segala-galanya. Makan juga. The result is gatal lah satu badan. Maka terpaksa gunalah Krim Econazine yang mengandungi paraben yang sangat merbahaya untuk jangka panjang.
- Kenapa Paraben Bahaya?
Bahaya ‘Paraben’ Dalam Produk Kosmetik
| Boleh dikatakan semua wanita di dunia ini ingin tampil cantik
menawan. Hingga ada kalanya sanggup mengabaikan kesihatan tubuh badan
demi mendapatkan kecantikkan luaran yang sementara. Kita sepatutnya
perlu tahu dan peka mengenai setiap kandungan produk penjagaan diri
seharian kerana ia mungkin memberi kesan untuk jangka masa panjang
terhadap kesihatan.
Paraben adalah salah satu bahan yang sering didapati dalam produk kecantikkan. Nama lain yang mungkin ditulis adalah methylparaben dan propylparaben. Pendek kata bahan yang mengandungi perkataan ‘paraben’ itu adalah Paraben. -_- Produk yang bebas dari Paraben ini lazimnya sukar didapati di pasaran Malaysia. Produk tanpa Paraben ini sering bertulis ‘Paraben-free’ di hadapan produk.

Apa itu Paraben? Paraben adalah
sejenis bahan pengawet sintetik yang diguanakan dalam industri makanan,
farmasi, produk kosmetik dan penjagaan diri seperti deodoran, pelembab
dan syampu. Paraben yang biasa digunakan adalah methylparaben, ethylparaben, propylparaben dan butylparaben. Paraben membantu
produk penjagaan kulit untuk bertahan selama berbulan atau mungkin
bertahun-tahun (sebab itu ia boleh didapati dalam hampir semua produk).
Tetapi, ia juga dapat memasuki ke dalam tubuh kita melalui kulit apabila
kita menggunakan produk ini.
Menurut kajian, tubuh dapat menyerap sebanyak lebih kurang 2kg bahan kimia dari kosmetik setiap tahun! Whoah! Paraben dapat
‘meniru’ hormon dalam badan dan menganggu fungsi sistem endokrin badan.
Berikut merupakan risiko kesihatan yang mungkin kita hadapi jika
berterusan mengambil bahan Paraben ini:
Barah Payudara

Paraben dapat meniru estrogen
dan menggangu sistem hormon tubuh badan. Universiti Cornell melaporkan
bahawa pendedahan terhadap estrogen dalam jangka masa yang panjang boleh
meningkatkan risiko diserang barah payudara. Estrogen merupakan bahan
kimia sintetik yang berfungsi seperti estrogen, memainkan peranan dalam
menggalakkan pertumbuhan sel payudara dan memberi kesan kepada hormon
lain yang menggalakkan pertumbuhan sel payudara. Badan kita tidak dapat
memusnahkan estrogen sintetik dengan mudah, dan ia dapat berkumpul di
dalam sel lemak, termasuklah tisu payudara. Pada tahun 2004,
penyelidikan yang dijalankan oleh sebuah Universiti dari United Kingdom
telah menjumpai methylparaben dalam tumor payudara manusia.
Matang Sebelum Usia

Kebolehan Paraben untuk meniru hormon
lain menjadikan ia gangguan kepada endokrin yang sering menggangu sistem
endokrin badan. Sistem endokrin merembeskan hormon ke dalam aliran
darah dan terlibat dalam fungsi tertentu dalam penghadaman dan
metabolisma badan. Gangguan endokrin ini boleh membuatkan budak lelaki
dan perempuan matang atau akil-baligh sebelum usia yang sepatutnya
seperti yang dilaporkan oleh akhbar The New York Times.
Pengkaji endokrin telah membuat pemerhatian dan mendapati gadis seawal 8
tahun telah menunjukkan pertumbuhan payudara dan bulu ari-ari. Gangguan
endokrin juga dapat menyumbang kepada pembesaran testis dan
perkembangan payudara terhadap budak lelaki.
Mengurangkan Kadar Pengeluaran Sperma

Paraben juga memberi kesan terhadap sistem reproduktiviti lelaki. Dalam satu kajian, para pengkaji telah menyuntik paraben
kepada beberapa ekor tikus yang berusia 3 minggu. Selepas 4 minggu,
pengkaji telah meneliti tikus tersebut dan mendapati pengeluaran
spermanya telah menurun yang berkait rapat dengan jumlah paraben yang diterima. Tikus yang menerima dos paraben yang banyak yang konsisten dengan pengambilan paraben harian di Eropah dan Jepun, menunjukkan penurunan kadar sperma yang ketara. (Ok, itu tikus, manusia? Wallahualam..)
___________________________________________________________
- Uii , takutnyer - barah payudara. Ibu saya meninggal dunia setahun yang lepas pun sebab barah payudara. Beliau ada Eczema. Juga pengguna setia Econazine. Saya tak nak sejarah berulang kembali. Derita ibu, saya dan adik-beradik lalui bersama setiap hari dan setiap saat. Semua adik-beradik saya menghidap Eczema. Makin hari makin teruk.
- Guna krim Econazine, memang cepat hilang gatalnya, tapi bila kita makan balik makanan yang tak boleh dimakan, jadi baliklah gamakye.
- Saya memang sangat Master dengan bahaya Paraben ni,dah lama saya tahu, tapi sebab krim Econazine ni sangat cepat merencatkan fungal dan juga cepat menghilangkan parut akibat kesan meggaru yang gelap menjadi seperti sediakala, almaklum kulit hamba ni cerah cikit. Tapi terpaksa guna sebab gatal tahap kritikal. Dah tak hairan bahayanya akan datang. Krim Econazine juga hebat menipiskan kulit, sebab tu kalau saya guna, parut cepat hilang.
- Tetapi, saya tetap juga mencari ubat alternatif yang free paraben, beli dan cuba, tapi makin teruk,makin merebak kawasan gatalnya. Lastly - krim Econazine la jawabnya.
- Akhirnya, saya ditemukan dengan Herbal Blend Shaklee yang terang-terang tertulis di bahagian depannya Paraben Free.Hari ini adalah hari pertama saya meggunakannya. Ternyata tak sia-sia saya beli. Betul-betul berkesan!. Lillahitaala , Siti Muannis Hidayab memang tak menipu. Ya Allah, akhirnya Kau temukan juga penyembuh yang tak memudaratkan kesihatan diriku ini.
- Apa sebenarnya Kelebihan Herbal Blend Shaklee (Mentholated) ini?
- Bahagian yang disapu akan berasa dingin menjadikan Herbal Blend ini sesuai digunakan oleh bayi,kanak-kanak mahupun orang dewasa.
- Di ekstrak dari bahan semulajadi seperti sage,horse chestnut yarrow dan Rosemary.
- Kesannya adalah optimum kerana krim tersebut mudah meresap ke dalam kulit kita.
- Bebas daripada paraben
- Anda juga boleh menggunakannya sebagai losyen harian kerana herbal blend shaklee ini tidak melekit.
- Saya tak nak kena kanser kulit ke payudara atau apa-apa jenis penyakit kritikal.Tapi jika Allah sudah takdirkan saya akan megalamiya, saya pasrah. 8 tahun saya guna, setiap bulan mesti kena ada krim Econazine. Saya dah tahu risiko untuk saya menghidap kanser adalah besar. Tapi rahmat Allah mampu mengatasi segala permasalahan dunia. Semoga saya dan anda semua sentiasa di bawah lindungan rahmatnya. Aamiin.
![]() |
HERBAL BLEND SHAKLEE | PARABEN FREE | BERAT : 113 GRAM | HARGA : RM 29.15 TERMASUK GST |
Subscribe to:
Posts (Atom)